Miliki Domain? Sangat Penting!

About

Miliki Domain? Sangat Penting!

on Thursday, December 1, 2011

Salam hormat buat pembaca... Entry kali ni aku nak sentuh pasal domain pulak... Bukan apa, domain sebenarnya boleh dijadikan platform untuk buat duit tau... Apa yang korang faham pasal domain? Dlm erti kata lain, domain ni adalah alamat web korang di alam maya (online).
Sebagai contoh, sekiranya korang telah membeli nama domain http://www.google.com maka nama domain tersebut adalah eksklusif milik anda seorang sahaja. Tak ada orang lain yang boleh memiliki dan menggunakan nama domain tersebut kecuali anda seorang sahaja!! Kan best...

Sekiranya korang perasan, semakin hari semakin banyak nama domain telah dijual dan dimiliki. Nama-nama yang unik dan ringkas seperti http://mudah.com telah dimiliki. Jadi sekiranya anda ingin mula berblogging menggunakan nama-nama yang ringkas adalah agak sukar. Malahan nama domain http://arnab.com juga telah ada pemiliknya.

Kelebihan memiliki nama domain yang ringkas dan pendek ialah ianya mudah diingat dan mudah juga untuk ditaip. Sekiranya pelayar internet mendengar nama domain tersebut buat kali pertama sekali pun, mereka dapat mengingatinya dengan baik dan mereka mudah untuk mengeja nama domain tersebut.
 
Sekiranya korang adalah seorang ahli perniagaan dan memiliki nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, korang digalakkan juga untuk membeli nama domain sama seperti nama syarikat yang anda telah daftarkan di SSM.

Secara tak langsung, korang berpeluang untuk mempromosikan perniagaan korang secara online kemudian hari, dan memberi gambaran kepada dunia apa yang korang usahakan dan servis bagaimana yang perniagaan korang mampu untuk bekalkan.

Syarikat-syarikat besar sekarang ini juga telah banyak yang mempelbagaikan bentuk promosi yang mereka gunakan. Selain mereka mempromosikan perniagaan mereka dengan cara konvensional, mereka juga menggunakan kaedah promosi secara online.

Mereka membeli nama domain yang sama seperti nama perniagaan, syarikat atau nama kedai mereka. Lihat contoh:
http://www.maxis.com.my
http://www.digi.com.my

Sekiranya syarikat-syarikat besar juga menggunakan laman web untuk mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan mereka. Kenapa tak korang kan? Malah korang dapat menjimatkan beribu-ribu ringgit untuk aktiviti pengiklanan dengan korang mengiklankan sendiri produk dan servis yang korang tawarkan dengan membina satu laman web atau laman blog bagi produk dan servis korang...

Selain dari itu, nama domain yang menjadi pilihan anda juga bakal memberi impak pada kedudukan blog korang bagi senaraian dalam hasil pencarian di search engine seperti google. Sekiranya blog yang korang hasilkan adalah berkenaan dengan program menguruskan badan, maka dengan menggunakan nama domain yang ada kena-mengena dengan kata kunci menguruskan badan bakal menghasilkan posisi yang baik dalam ranking di search engine. 

Sebagai contoh http://www.weightlosslib.com

Pada waktu entry ini ditulis, hasil carian di google menggunakan kata kunci ‘weight loss’, nama domain diatas menduduki tangga kedua, iaitu dibelakang laman web wikipedia.

Sekiranya anda menjumpai nama domain yang unik, dan kebetulan anda membeli nama domain tersebut. Kemudian satu masa ada satu syarikat gergasi yang ingin membeli nama domain tersebut dari anda maka dari situ juga anda berupaya menghasilkan untung besar.

Malah proses jual beli dan bida membida nama domain juga kerap dijalankan dewasa ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui bagaimana proses menghasilkan duit melalui jual beli nama domain, anda boleh meneruskan pembacaan dilaman web jual beli domain ini. Harap dapat membantu anda!!

Salam Ikhlas,
Fiq Haidzir

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Artikel Yang Sangat Menarik!

 
© Duniaku Cintaku Hatiku Milikmu All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal