Review Ombak Rindu 2011 - Aku Dah Gi Tengok!! Best!

About

Review Ombak Rindu 2011 - Aku Dah Gi Tengok!! Best!

on Saturday, December 3, 2011


Terbaik... Terbaik... Terbaik.... Itulah ungkapan pertama aku lepas selesai menonton filem Ombak Rindu tadi... Aduhaaaiii... Meleleh airmate abe.. Hehehe... Aku bagi 4.5/5 bintang!! Ok, pada yang nak gi nonton tu, jangan ragu2.. Tak sia2 la korang beratur panjang2, beli tiket, berasak2 nak masuk wayang tu.. Berbaloi2..

Ok.. Seperti yang korang sedia maklum, filem ini dibintangi gandingan yang mantap  dan nama yang besar seperti Aaron Aziz, Maya Karin, Bront Palarae, Lisa Surihani, Azizah Mahzan dan Zaidi Omar. Skrip, dialog dan jalan ceritanya sangat menarik.

Permulaan filem ini bermula apabila Iza yang dilakonkan oleh Maya Karin, dijual oleh pakcik ye kepada tokeh kelab malam untuk dijadikan pelacur. Dan dalam situasi tegang di mana Iza cuba melarikan diri, ketika itulah dia bertemu dengan Hariz, dilakonkan oleh Aaron Aziz.

Cukup2... Kang citer lebih2 dah macam buat sinopsis pulak kan... So, kalau nak tau lebih2 pergilah korang ke wayang2 yang berhampiran... Pastikan tiket ori, baru beli..

So, apa yang aku nak share adalah watak2 yang mainkan oleh setiap pelakon memang menjadi. Kalau sebelum ni, Maya Karin terkenal dengan watak pontianaknya kan.. Dalam filem Ombak Rindu ni, korang akan nampak watak Maya yg sangat berbeza.

Kalau Aaron Aziz tu, biasa berlakon asik macho2 je, dalam filem ni macho jugak cuma dlm ni ada part Aaron meleleh airmata... Pergghhh... Sebak broo.. Begitu juga dengan watak Lisa Surihani yang pada mulanya korang akan berpikir yang Mila (Lisa), adalah watak perempuan arrogant, bongkak yang akan mengucar kacirkan rumah tangga antara Hariz dan Iza, tapi hakikat sebenar Mila memang ikhlas mencintai Hariz...

Haa.. Da terciter sikit ceritanya... Tadaaa... Sekali imbas, filem ini macam dalam drama tv yang biasa (ala...cerita melayu), tapi kalau korang tengok betul2 filem ini, korang akan dapat rasa ada jiwa dalam filem ni.. Kalau korang boleh rasa itu, confirm leleh airmata.. Korang memang berperasaan.... (hati tisu ke bang... wink2..)

Aku memang suka latar belakang filem ni, screenshot2 yang sangat menarik, dengan lagu temanya yang menyentuh kalbu, fuuhhh... Memang tiptop.. Tapi..... Korang akan perasan ada part2 yang mana screen ye seakan2 kabur yang buat korang sedikit pening kalau terlalu fokus... Apapun Tahniah buat tenaga produksi yang menghasilkan filem Ombak Rindu ini..

Oklah.. Cukup kot review aku kali ni... Ni la first time aku duk komen filem orang. So, pergilah menonton. Kalau boleh, pergi dengan pasangan masing2 (aku galakkan suami isteri la.. supaya si suami akan lebih menghargai isteri masing2 dan isteri lebih menyayngi suami masing2). Standby tisu...!!

Salam Ikhlas,

Fiq Haidzir













Untuk Review Yang Lebih Mendalam, Korang Gi Ke:

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Hans said...

thanks sudi kongsi kan link review filem saya di entry kamu
:-)


December 4, 2011 at 10:51 AM
FiQ HaiDzir said...

u are welcome Hans... Ko punya review lagi mendalam.. terbaik la... heee...


December 4, 2011 at 5:42 PM

Post a Comment

Artikel Yang Sangat Menarik!

 
© Duniaku Cintaku Hatiku Milikmu All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal