Kisah Lucu + Cerita Kelakar

About

Kisah Lucu + Cerita Kelakar

on Tuesday, December 6, 2011




Bila cakap pasal lawak, semua orang suka lawak. Tapi jangn buat lawak bodoh. Orang boleh jadi menyampah. So, apa yang best ye tentang lawak jenaka ni? Kali ni aku nak share lawak-lawak yang aku kumpul dari internet dan letak di satu forum iaitu BazarNiaga. Kat forum ni aku sebagai moderator tau.. Hehe.. Dah la, malas aku nak celoteh panjang... Kalau suka, Klik Button s.h.a.r.e kat atas tu yer....

Cerita Pertama
Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan. 

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!


Cerita Kedua
"LEMAH BI"

Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Ketiga 
"Kejujuran yang bermakna.. aduyyaaiii"  

Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber...um..ah'e'um'... (faham2 aje lah) sampai akhirnya mereka tertidur. Boss tersebut tersedar jam 8 malam. kelam kabut menyarung kembali pakaiannya. pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi.. 


Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur. Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah. Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah... "ke mana abang pergi hah...?? Malam baru ingat nak balik? "Abang tak mahu berbohong... 


Sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam" jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya. Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor. "Bohong... .ni mesti abang pergi main golf la kan?..
  psssttt: aduuyyaaiiiiiiii....


Cerita Keempat 

1. Apabila anda hidup dalam kegelapan Berdoa kepada Tuhan dan minta keluar dari kegelapan Jika anda masih dalam kegelapan ... bayar bil TNB anda.


2. Apabila anda melihat seorang lelaki membuka pintu kereta untuk isterinya.. Anda boleh pasti salah satu... Kereta baru atau isteri baru

3. Seorang pembeli marah-marah dan masuk ke dalam sebuah supermarket
Tuan Kedai: Mana ada hadiah free?
Pembeli : Ni ada tulis "Cholesterol FREE!"
  psttt: poning palo den... ngeheheheh..

4. If u need ADVICE, SMS ME, If u need DARLING, CALL ME, If u need HELP, E-MAIL ME, IF U NEED MONEY, Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan kami, Terima Kasih. :P

Cerita Kelima  
"Harga Karipap"

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya. "Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya. "RM 1 cikgu!". jawab murid itu spontan.


"salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang. "mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul.  Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amer tetap memberi jawapan RM1. 


"Salah tu Amer,cuba kira betul-betul". Respon si guru dengan sabar.  "Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata; "kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"

Cerita Keenam
"6 penyesalan"


1. Penyesalan 1 jam
Salah naik Bas... (sesat entah Kemana)

2. Penyesalan 1 hari Salah masak. (nasi menjadi bubur...kena makan di kedai la jawabnya tak pun masak meggi )

3. Penyesalan 1 minggu Salah makan. (Keracunan sampai masuk hospital)

4. Penyesalan 1 bulan Salah potong rambut. (Senget tak sama panjang)

5. Penyesalan 1 tahun Tidak naik kelas. (Malunya setahun woo!)

6. Penyesalan seumur hidup Salah kawin.. wakakakakakaka.... Credit : BazarNiaga 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Artikel Yang Sangat Menarik!

 
© Duniaku Cintaku Hatiku Milikmu All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal