Kali ni aku nak kongsikan petanda2 yang boleh korang lihat untuk mengetahui sama ada korang ni sedang angau atau dilamun cinta... Ahakssss
1) Gelisah apabila dia tidak online di ruangan chat Skype atau YM atau MS atau FaceBook atau Tagged atau seumpama dengannya. Kamu jadi geram kerana dia tidak membalas mesej-mesej yang kamu hantar. Bertambah geram bila si Dia mesra dengan teman lain..
2) Sentiasa mencari alasan supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk meminjam DVD. Padahal DVD tersebut baru sahaja adik kamu beli semalam. Jangan lupa bagi Fiq pinjam ye.. =P
3) Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta. Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya satu-satu pada si dia.
4) Si dia sering sangat memasuki alam mimpi mu sejak akhir-akhir ini. Haa.. Jaga-jaga... Boleh aku tahu mimpi apa? =)
5) Makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang... Macam mana tu? Aku pun dah pening..
6) Wajah dia sering bermain dalam bayangan. Bererti, bila kamu pandang si A, nampak macam si Dia.. Bila pandang si B, pun nampak macam si Dia.. Haaa.. Angaulah tu....
p/s: Jangan lupa share post kali ini di Facebook @ MySpace @ Tagged @ Blog anda ye.. =)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment