11/11/11 - Akhinya Tiba Jua!!

About

11/11/11 - Akhinya Tiba Jua!!

on Friday, November 11, 2011


Yess!! Akhirnya tarikh yang aku tunggu2 selama ini tiba jua.. Heppy sangat... 7 tahun penantian beb.. Ingat lagi pada tahun 2004, tahun aku menjadi calon SPM, antara tahun kegemilangan aku di sekolah.. hehe.. Masa tu membawa perkenalan aku kepada seorang gadis yang pada mulanya adalah adik angkat aku. Tp macam biasalah, adik2 angkat ni, akhirnya terangkat.. Jadi girlfren.. Masa awal perkenalan kami, kami sering bertukar surat.. Zaman dulu, kalau bercinta, memang syok.. Serius... Ada surat cinta. Semua tu boleh dijadikan nostalgia. Untuk entry kali ni, aku malas nak bercerita panjang. Cuma aku nak cerita macam mana aku boleh set 11/11/2011 ni sebagai target sasaran aku.


Berbalik pada cerita adik angkat aku tadi, dialah pencetus inspirasi aku kepada tarikh keramat tersebut... Sebabnya, lepas first time kitorang date pada 14/2/2004 (kat public library mersing je.. dak skolah la katakan...), aku catatkan sesuatu di dalam sebuah kamus berbahasa inggeris. Aku catatkan kat situ, tarikh fisrt date aku dan adik angkat aku (Nur Aqila Jasni, nama manja Qila), dan tarikh keramat yang aku catat seperti mana yang korang boleh tgk dalam pic2 kat bawah.. Buat Qila, abg Fiq minta maaf sebab tak dapat tunaikan seperti yang tercatat dalam kamus kat bawah ni...








Masih tersemat elok di dalamnya kan..? Yup, kalau korang yang pernah baca2 entry aku seperti sebelum ni, aku memang sangat jiwang orangnya.. Dan ada yang cakap romantis. Sebab tu korang bole tgk aku tulis besar2 perkataan Fik Love Aqila kat kamus tu kan... Apa nak buat, bila aku sayangi seseorang tu, aku akan sayangkan dia sepenuh hati aku sampailah si dia sendiri yang menolak cinta aku kerana si dia ada pilihan yang lain. Tapi tak pe la..Itu kisah lama...

So, tahun demi tahun, matlamat aku berkenaan 11/11/2011 kian berubah. Sama ada aku kahwin pada tarikh itu, bertunang atau sesuatu yang seumpamanya akan berlaku. Kalau aku berkahwin atau bernikah, aku harap sangat dapat langsung tepat jam 11.11.11 pagi.. Sebab tarikh 11/11/11 jatuh pada hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Dan sememangnya hari jumaat sangat baik untuk melangsungkan sesuatu yang baik.. Betul x? Tapi disebabkan masalah ekonomi, yang jugak berpunca dari kegagalan aku merancang dan melaksanakan, segala yang aku rancangkan untuk 11/11/2011 terpaksa ditunda.

Seperti yang pernah aku rancangkan bersama Rafieqa (kekasih hati aku satu2 ye), aku harap dapat bernikah atau paling tak pun kami bertunang pada tarikh ini. Tapi sayang, sekarang dia sedang tabah menghadapi latihan demi latihan di dalam kem PUSASDA. Dan hari ini aku berharap sangat dapat mendengar suara si dia. Aku nak call, memang tak dapatlah sebab memang orang luar tak dibenarkan menghubungi mereka di dalam sana. Kalaulah dia tahu betapa aku menunggu panggilan dari dia saat ini. Aku nak mohon maaf kerana tak dapat tunaikan kata2 aku pada dia. Dan hendak aku bisikkan padanya betapa aku amat menyintainya.....

Akhirnya, 11/11/2011 telah membawa aku ke Kelantan. Ya, sekarang ini aku berada di Kelantan. Juga dikenali sebagai serambi Mekah. Aku di sini juga melibatkan hal berkaitan perkahwinan. Tp perkahwinan rakan niaga Coway aku iaitu abg Shah. Orang yang banyak membantu aku merancang dan melaksanakan hal2 berkaitan sale di dalam Coway. Tenx bro.. Dan mungkin di sini bakal berlaku yang aku tidak duga pada hari ini. Siapa tahu kan..? Setelah 7 tahun aku merancang, dan menanti, menyebut2 hal 11.11.2011, akhirnya lain yang berlaku. Takpe la.. Aku redha.. Korang yang terbaca dan jugak sudi share2 entry2 blog aku kat wall FaceBook korang, doa-doakanlah kebahagiaan buat aku dan si dia. Aku jugak nak ucapkan bebanyak terima kasih atas sokongan korang selama blog ini wujud.

Maaflah k.. Entry kali ni agak terumbang ambing.. Disebabkan kepenatan baru tiba di Kota Bahru dari Johor Bahru.. JB to KB... Jauh seyh.. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 10-12 jam menjadi sehingga 20jam disebabkan banyak berhenti dan bersiar-siar di Kuala Terengganu. Entry berkenaan K.Tganu dan gambar2 sepanjang perjalanan kami ke sini, aku akan share di post yang akan datang ok? Hope korang enjoy ngan gambar2 ktorang.. hehehe... Ada gambar-gambar di Masjid Kristal, Masjid Terapung, Air terjun Sekayu, tempat nasik dagang yang pemes iaitu Nasi Dagang Chendering dan macam2 lagi la. Belum masuk yang kat kelantan ni...

Ok... Buat Noorafiqah Bt Jaafar, aku nak dirimu tahu betapa aku setia menantikanmu di sini. Menunggu tiba saat hadirnya bahagia buat kita. Biarpun tarikh yang bakal kita pilih tidak seindah dan seunik 11/11/2011, namun sama-samalah kita berdoa agar tarikh itu tiba untuk kita diijab kabulkan, membina keluarga yang bahagia sehingga akhir hayat. Tak tahu bagaimana hendak aku luahkan padamu betapa aku amat menyayangi kamu. Bukan mainan hasrat murniku. Ku harap engkau mengerti sayangku... Menanti kamu ibarat suatu seksaan yang menduga perasaan aku di luar sini. Semoga dirimu di dalam sana juga merasai apa yang aku rasakan. Namun, aku harap ianya takkan menganggu konsentrasi dirimu menjalani latihan. Semoga engkau baik-baik di dalam sana..... Semoga Allah melindungi tiap gerak gerimu sayang...

Salam Rindu Dari Perantauan,
Fiq Haidzir


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Artikel Yang Sangat Menarik!

 
© Duniaku Cintaku Hatiku Milikmu All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal