Pengalaman Derma Darah... Failed La Pulok...

About

Pengalaman Derma Darah... Failed La Pulok...

on Monday, October 31, 2011


Semalam (30/10/2011) adalah hari terakhir dalam bulan Oktober. Juga hari terakhir Karnival Produk Halal dan Kepenggunaan (Karnival Upin Ipin) yang diadakan di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Aku n geng2 Coway ada join booth kat sini. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Cuma apa yang aku nak share untuk post kali ni adalah berkaitan dengan kejadian, memori dan kenangan arini yang sukar untuk dilupakan..

Tu dia.. Mengisi borang dengan penuh keyakinan... Eeehhaaiii
Masa ni ngah konpiden lagi.. Ahakkss..
Kisah dia macam ni, selepas siap2 buka booth pagi tadi, aku konon2 dengan konpiden ye ajak member coway yang lain untuk join kempen derma darah anjuran Hospital Kota Tinggi. Konpiden beb. Member lain xnak... Dorang ada alasan tersendiri la tu.. So, aku pun beratur gi amik borang. Lepas amik borang, aku ngan konpiden mengisi borang tu. Bila dah siap diisi, pegawai bertugas suruh aku test darah, timbang berat badan, cek tekanan darah. Kemudian, bila da setel, aku pun amik la sedikit cenderahati spt makanan ringan n vitamin yg disediakan. Ramai woo yanbg derma darah. Tak sangka aku begitu ramai rakyat Malaysia yang prihatin. Syabas warga bandar penawar dan kota tinggi!!


Dipendekkan cerita, aku ni da 3kali la derma darah. Bila pegawai tu tanya, aku cakaplah, baru first time.. Ceewwaahhh... Macam citer2 orang dah kawen plak kan... hehehehehe... So, bila turn aku, tiba2 aku boleh jadi gementar (omputih cakap nerves la...). Seperti biasa, dia sapukan pebende ntah yang sejuk2 tu kat tgn aku. pastu dia inject sesuatu kat tangan aku tu.. Ala.. Rasa dia macam sesemut yg gigit je. Semut gigit pun lagi sakit tau. Tpu. masa tu aku toleh tempat lain. Aku ni ngeri lau tgk bende inject2 ni. Tp niat dalam hati tu memang nak derma darah. Orang cakap, bila derma darah ni, badan akan rasa lebih segar sebab badan akan produce darah yang baru. So, yang faktanya aku tak tahu. Korang try la google. Tanya kat pakcik google ape kelebihan menderma darah tu ok?? 


 




Berbalik pada cerita aku tadi... Selepas inject tu, aku tolehlah ke arah tangan (kanan) yg disuntik tu. Niat kat hati nak tgk la ape yg terjadi. Sekali toleh tu...... PERRRGGHHH.....!!! Bila dia keluarkan satu lagi jarum untuk amik darah tu, fuuiiyyyooo... Besar beb!! Bukanlah aku  ni penakot ngan jarum. Tapi setelah 4 tahun tak derma darah, perasaan terkehut tu boleh datang. Panik aku.. Pegawai tu plak tak tenangkan aku. Dan aku diinject. Dalam keadaan aku panik tu, darah boleh plak xnak keluar. Adalah keluar sikit. Pegawai tu baru nak tenangkan aku. Dia cucuk-cucuk dalam urat aku supaya jumpa salur untuk keluar darah. Ngilu seyhh.. 

Masa tu aku terasa nak pitam. Tapi aku tahankan aje. So, bila darah aku degil takmo keluar, pegawai tu cakap, adik, adik tak boleh takut2.. So, dia cabut semula jarumnya. Dia tenangkan aku, suruh aku minum air soya yg diberikan tadi. Barulah aku rasa ok. Yang tak bley tahan, pada awalnya aku punye la konpiden. Dek kerana tgk jarum yang besar tu, terus panik, nerves, cuak... Ceeeehhh... Puuiiiii....

Huwwaaa.... Mama.. Help me.. Upss.. Masa ni bukan nangis laa...
Cek tekanan darah dulu...
Setelah aku berehat beberapa minit kat katil tu, pegawai tu tanya sama ada aku nak teruskan atau tidak.. Mulanya aku nak teruskan pada tangan kiri, tapi mengenangkan mungkin semangat konpiden yang dah hilang n ada kerja2 promosi yang perlu dilakukan, aku cakap, "Sorry la bang. Tak dapat nak teruskan..". Dia pun ok.. dan aku pun berlalu dari situ dengan perasaan yang segan sangat2 ngan pegawai n kawan2 Coway aku yang lain.. 

Debaran makin dirasai.. Hehe
Ramai warga Kota Tinggi yang prihatin tau...
Masih rilex.. belum gelabah lagi..
Mass nilah yang buat aku terkejut tengok jarum... Besoorrr yeee....!!
 Ahaaakkksss... Itulah pengalaman yang tak dapat aku lupakan bila aku nak menderma darah untuk next time.... Bila aku kat booth, astik kena bahan ngan kawan2 je... Ceehhh.. Takpe2.. Gelakkan aku hek.. Lain kali korang plak yg kena. Boboiboy... Terbaik.. Hehehehehehe...

Hahahahaha... Failed suda... Bukan pengsan, pitam je... Ahaakkss..
Cameraman Mohd Shaharuddin Abd Ghani...
Jumpa lagi dalam next entri yang lebih mendebarkan @ malu2 kucing... Yeeehhaaa... Nak order Coway, roger jer aku kat:

013 731 4527 - Fiq Haidzir


Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

FR said...

Wahhh syok dak ? km tak penah derma darah lagi -,-


October 31, 2011 at 3:50 PM
Fiq Haidzir said...

hahaha... nak xnak kena gak tau fathiah... syookkk?? xpuas hati sebab failed... haha


October 31, 2011 at 10:21 PM

Post a Comment

Artikel Yang Sangat Menarik!

 
© Duniaku Cintaku Hatiku Milikmu All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal