About

RUMAH - Kenapa SEWA?? Baik Beli Terus.... JB only!

on Sunday, December 4, 2011

Seperti yang sedia maklum, kini ramai orang lebih prefer untuk menyewa berbanding membeli rumah sendiri.. Ini mungkin disebabkan faktor gaji kecik, risau dengan harga bulanan yang terpaksa dibayar, memikirkan deposit permulaan yang tinggi untuk disediakan, tak tahu cara membeli rumah atau mungkin dimomokkan oleh kawan2 bahawa membeli rumah ini adalah susah...

Ok.. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum layak membeli rumah... Antaranya:

- jumlah gaji bersih
- berapa simpanan KWSP
- harga rumah yang mampu dibeli
- deposit rumah

So, di sini saya nak tekankan bahawa, untuk membeli rumah, seeloknya anda berjumpa dahulu dengan agen2 jualan rumah ini untuk mengetahu flow @ langkah sebenar untuk membeli rumah. Baiklah, untuk memendekkan cerita, anda boleh terus menghubungi:

Fiq Haidzir - 010 824 2864 / 013 731 4527



Senyumlah di kala hati ingin menangis :)

MAK OH MAK ..

Bila dahaga, yang susukan aku…..mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku…..mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak

Aku selalu teringatkan ….mak

Bila sedih, aku mesti talipon….mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

"Sayangi Ibu K.I.T.A..." 



Salam Ikhlas,

Fiq HaidZir

Tutorial Percuma - Kisah Benar Jana RM26,006.80 Dgn Blog

Kisah benar ini dikongsi melalui forum di CariGold.com oleh seorang forumer dan juga blogger yang pada ketika itu beliau masih lagi belajar di UTM.

Untuk belajar dan mengetahui RAHSIA beliau, jom belajar di sini:



Review Ombak Rindu 2011 - Aku Dah Gi Tengok!! Best!

on Saturday, December 3, 2011


Terbaik... Terbaik... Terbaik.... Itulah ungkapan pertama aku lepas selesai menonton filem Ombak Rindu tadi... Aduhaaaiii... Meleleh airmate abe.. Hehehe... Aku bagi 4.5/5 bintang!! Ok, pada yang nak gi nonton tu, jangan ragu2.. Tak sia2 la korang beratur panjang2, beli tiket, berasak2 nak masuk wayang tu.. Berbaloi2..

Ok.. Seperti yang korang sedia maklum, filem ini dibintangi gandingan yang mantap  dan nama yang besar seperti Aaron Aziz, Maya Karin, Bront Palarae, Lisa Surihani, Azizah Mahzan dan Zaidi Omar. Skrip, dialog dan jalan ceritanya sangat menarik.

Permulaan filem ini bermula apabila Iza yang dilakonkan oleh Maya Karin, dijual oleh pakcik ye kepada tokeh kelab malam untuk dijadikan pelacur. Dan dalam situasi tegang di mana Iza cuba melarikan diri, ketika itulah dia bertemu dengan Hariz, dilakonkan oleh Aaron Aziz.

Cukup2... Kang citer lebih2 dah macam buat sinopsis pulak kan... So, kalau nak tau lebih2 pergilah korang ke wayang2 yang berhampiran... Pastikan tiket ori, baru beli..

So, apa yang aku nak share adalah watak2 yang mainkan oleh setiap pelakon memang menjadi. Kalau sebelum ni, Maya Karin terkenal dengan watak pontianaknya kan.. Dalam filem Ombak Rindu ni, korang akan nampak watak Maya yg sangat berbeza.

Kalau Aaron Aziz tu, biasa berlakon asik macho2 je, dalam filem ni macho jugak cuma dlm ni ada part Aaron meleleh airmata... Pergghhh... Sebak broo.. Begitu juga dengan watak Lisa Surihani yang pada mulanya korang akan berpikir yang Mila (Lisa), adalah watak perempuan arrogant, bongkak yang akan mengucar kacirkan rumah tangga antara Hariz dan Iza, tapi hakikat sebenar Mila memang ikhlas mencintai Hariz...

Haa.. Da terciter sikit ceritanya... Tadaaa... Sekali imbas, filem ini macam dalam drama tv yang biasa (ala...cerita melayu), tapi kalau korang tengok betul2 filem ini, korang akan dapat rasa ada jiwa dalam filem ni.. Kalau korang boleh rasa itu, confirm leleh airmata.. Korang memang berperasaan.... (hati tisu ke bang... wink2..)

Aku memang suka latar belakang filem ni, screenshot2 yang sangat menarik, dengan lagu temanya yang menyentuh kalbu, fuuhhh... Memang tiptop.. Tapi..... Korang akan perasan ada part2 yang mana screen ye seakan2 kabur yang buat korang sedikit pening kalau terlalu fokus... Apapun Tahniah buat tenaga produksi yang menghasilkan filem Ombak Rindu ini..

Oklah.. Cukup kot review aku kali ni... Ni la first time aku duk komen filem orang. So, pergilah menonton. Kalau boleh, pergi dengan pasangan masing2 (aku galakkan suami isteri la.. supaya si suami akan lebih menghargai isteri masing2 dan isteri lebih menyayngi suami masing2). Standby tisu...!!

Salam Ikhlas,

Fiq Haidzir













Untuk Review Yang Lebih Mendalam, Korang Gi Ke:

Cover Cinta Muka Buku Paling Best - By Ainan Tasneem

on Thursday, December 1, 2011

Ok Geng... Skunk da femes sesangat lagu yang terbaru iaitu Cinta Muka Buku (FaceBook Love) by Najwa Latif kan?? So, aku nak cari sape yang bley fight ke'cute'an dan ke'best'an najwa ni.. Dalam banyak2 cover Cinta Muka Buku yang terdapat dalam youtube tu, aku jumpa video ni yang dinyanyikan oleh Ainan Tasneem... Sejak dari itu, aku da tersuka dengar suara si Ainan ni... So guys... Ni video ye... Pasti korang setuju dengan pendapat aku ni k...

pssssttttttttt........ Kalau ada sesiapa kenal ngan ainan ni, kirim salam kat dia ea... Kalau dapat, share la num hp dia kat aku.. Bley berkenalan.. upppsss... terlebey suda... errkk... p/s: Untuk full lirik lagu cinta muka buku ni, layari: Lirik Cinta Muka Buku By Najwa Latif


p/s: Untuk full lirik lagu cinta muka buku ni, layari: Lirik Cinta Muka Buku By Najwa Latif Siapa Ainan Tasneem tu? Aku pun baru kenal.. Aku share skali pic dia ye kat sini yang Fiq cedok dari fan page Ainan ni...

Alalalalala.... Comell yee... Errr.. ^__^

Domain Checker Using Edorey Tech





Miliki Domain? Sangat Penting!

Salam hormat buat pembaca... Entry kali ni aku nak sentuh pasal domain pulak... Bukan apa, domain sebenarnya boleh dijadikan platform untuk buat duit tau... Apa yang korang faham pasal domain? Dlm erti kata lain, domain ni adalah alamat web korang di alam maya (online).
Sebagai contoh, sekiranya korang telah membeli nama domain http://www.google.com maka nama domain tersebut adalah eksklusif milik anda seorang sahaja. Tak ada orang lain yang boleh memiliki dan menggunakan nama domain tersebut kecuali anda seorang sahaja!! Kan best...

Sekiranya korang perasan, semakin hari semakin banyak nama domain telah dijual dan dimiliki. Nama-nama yang unik dan ringkas seperti http://mudah.com telah dimiliki. Jadi sekiranya anda ingin mula berblogging menggunakan nama-nama yang ringkas adalah agak sukar. Malahan nama domain http://arnab.com juga telah ada pemiliknya.

Kelebihan memiliki nama domain yang ringkas dan pendek ialah ianya mudah diingat dan mudah juga untuk ditaip. Sekiranya pelayar internet mendengar nama domain tersebut buat kali pertama sekali pun, mereka dapat mengingatinya dengan baik dan mereka mudah untuk mengeja nama domain tersebut.
 
Sekiranya korang adalah seorang ahli perniagaan dan memiliki nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, korang digalakkan juga untuk membeli nama domain sama seperti nama syarikat yang anda telah daftarkan di SSM.

Secara tak langsung, korang berpeluang untuk mempromosikan perniagaan korang secara online kemudian hari, dan memberi gambaran kepada dunia apa yang korang usahakan dan servis bagaimana yang perniagaan korang mampu untuk bekalkan.

Syarikat-syarikat besar sekarang ini juga telah banyak yang mempelbagaikan bentuk promosi yang mereka gunakan. Selain mereka mempromosikan perniagaan mereka dengan cara konvensional, mereka juga menggunakan kaedah promosi secara online.

Mereka membeli nama domain yang sama seperti nama perniagaan, syarikat atau nama kedai mereka. Lihat contoh:
http://www.maxis.com.my
http://www.digi.com.my

Sekiranya syarikat-syarikat besar juga menggunakan laman web untuk mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan mereka. Kenapa tak korang kan? Malah korang dapat menjimatkan beribu-ribu ringgit untuk aktiviti pengiklanan dengan korang mengiklankan sendiri produk dan servis yang korang tawarkan dengan membina satu laman web atau laman blog bagi produk dan servis korang...

Selain dari itu, nama domain yang menjadi pilihan anda juga bakal memberi impak pada kedudukan blog korang bagi senaraian dalam hasil pencarian di search engine seperti google. Sekiranya blog yang korang hasilkan adalah berkenaan dengan program menguruskan badan, maka dengan menggunakan nama domain yang ada kena-mengena dengan kata kunci menguruskan badan bakal menghasilkan posisi yang baik dalam ranking di search engine. 

Sebagai contoh http://www.weightlosslib.com

Pada waktu entry ini ditulis, hasil carian di google menggunakan kata kunci ‘weight loss’, nama domain diatas menduduki tangga kedua, iaitu dibelakang laman web wikipedia.

Sekiranya anda menjumpai nama domain yang unik, dan kebetulan anda membeli nama domain tersebut. Kemudian satu masa ada satu syarikat gergasi yang ingin membeli nama domain tersebut dari anda maka dari situ juga anda berupaya menghasilkan untung besar.

Malah proses jual beli dan bida membida nama domain juga kerap dijalankan dewasa ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui bagaimana proses menghasilkan duit melalui jual beli nama domain, anda boleh meneruskan pembacaan dilaman web jual beli domain ini. Harap dapat membantu anda!!

Salam Ikhlas,
Fiq Haidzir

Artikel Yang Sangat Menarik!

 
© Duniaku Cintaku Hatiku Milikmu All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal